Wednesday, September 9, 2009

Rumah sewa

Dalam dunia global tahap gaban ini, info berada di hujung jari sahaja. Amat mudah bagi aku menjejak teman teman lama aku, dengan syarat mereka ada meninggalkan kesan data mereka di alam maya.



Pertemuan dengan teman yang dah lama tak jumpa ini merupakan satu detik yang tak terhingga gembiranya apa lagi jika mereka yang kita jumpa semula itu menyimpan satu cerita yang sama. Maka bergelak lah kita mengingatinya kembali



Namun zaman kanak kanak dan remaja tak sama dengan zaman dewasa. Bila kita dewasa kita terpengaruh dengan suasana dimana kita didewasakan. Walau aku jauh dari bumi Malaya, aku selalu ingin tahu mengenai Malaya.



Memang aku sangat sedih membaca berita bahawa seolah olah gambaran yang aku terima bahawa orang Melayu tak mahu lagi dikaitkan dengan Melayu. Mereka kononya hanya mahu dikaitkan dengan ISLAM. Soal bangsa adalah terlalu kecil bagi mereka. Lebih lebih lagi apabila mereka menggunakan sedikit kata kata Arab, assobiyah umpamanya. Maka meloponglah aku bukan kagum tapi pelik bin ajaib



Di saat bangsa lain bertungkus lumus mempertahankan bangsa mereka di bumi Malaya, orang Melayu menongkah arus, sibuk pertahankan hak bangsa asing, bukannya nak pertahan hak bangsa sendiri. Tak salah jadi orang Melayu, tak salah pertahankan hak bangsa Melayu.



Ada seorang pak cik, tanya, kau dah cukup semua benda ke hingga nak bagi hak kau kat orang lain. Ye mungkin satu ketika aku rasa cukup, untuk diri aku, tapi bagaiman dengan bangsa Melayu yang lain? Pikirlah mengenai kawan kawan Melayu yang keje di petrol station tu, yang kerja kilang tu, yang angkut sampah tu. Jangan pikir diri sendiri sahaja.



Ada seorang kawan aku sangat gah mengatakan kerajaan sekarang ni tak adil sebab hanya pentingkan bangsa Melayu, sebab itu kena tolak kerajaan itu. Kita harus adil terhadap kaum lain yang sama sama bangunkan Malaya ini. Kononnya Cina lah yang paling banyak bayar cukai tapi mereka dinafikan hak mereka sebagai warga negara

Kau janganlah buat lupa, bagaimana orang bisnislah yang paling senang nak lari dari bayar cukai. Yang taat bayar cukai walaupon sedikit adalah kakitangan kerajaan yang kebanyakannya orang Melayu. Gaji belum dapat lagi dah kena potong cukai. Jadi sekarang ni siapa yang taat sebenarnya?



Kalu nak guna logik akal, akal aku ni tak lah bego sangat. Tapi jika seumur hidup pon aku setia dan ikhlas bayar sewa rumah yang aku duduk tu, sampai mati pon aku tak akan dapat memiliki rumah tersebut. Aku mesti kena akur bahawa rumah yang aku duduk itu adalah hak tuan rumah dan terserah dia nak buat macam mana kat rumah tu. Aku hanya boleh beri cadangan bagaimana nak bagi rumah itu selesa. Tapi kalau aku lebih lebih, dia boleh halau je aku dari tinggal di rumah sewa itu. Simple kan. Zaman Nabi pon kafir zimmi bayar cukai, kafir harbi kena perang brader



Tapi dasar belit, kot mana pon nak belit juga.



Sedarlah bangsa Melayu. Memang senanglah nak kata, bumi ini bumi Allah. Kat mana pon kita duduk kita duduk di bumi Allah. Aku faham tu, cuma mengapa aku kena ada passport perjalanan? Aku juga pasti semua Melayu tak mahu jadi warga Palestin. Mengapa?

Hargailah nikmat Allah yang telah menjadikan kita warganegara Melayu di Malaya. Jangan sombong menafikan kesungguhan dan kejerihan tok nenek pertahankan tanah air

No comments:

Post a Comment