Friday, August 7, 2009

Aku orang melayu

Yang merantau ke negeri orang putih. Negara yang dulunya aku dengar diagong agongkan oleh orang Melayu waktu aku kecil. Hingga aku pon terkasima untuk mengagong agongkan mereka.

Saat pertama aku sampai ke sini 10 tahun yang lalu, memang aku sangat terkasima dengan beberapa sifat mereka. Antaranya sikap pemandu kenderaan yang sangat bertoleransi dan bersabar. Mendahulukan orang lain bila nak masuk kedai adalah antara perkara kecil yang aku rasa layanan seperti ini tak akan aku dapati di negara Malaya.

2007 merupakan pengalaman buat aku merasai sendiri kehidupan dalam masyarakat di sini apabila aku diberi peluang 'ikut' isteri melanjutkan pelajaran dalam waktu yang agak lama.

Semakin hari semakin banyak yang aku perhatikan. Ada satu perkara yang ingin aku bawa kali ini.

Telah banyak kali aku membaca di surat khabar akan kejadian yang bagi aku sangat pelik. Seorang tua dipenjarakan kerana memukul pencuri yang menceroboh masuk ke rumahnya untuk mencuri dengan alasan ia menganggu hak pencuri tersebut

Lalu aku bertanya kepada rakan di tempat kerja aku. Bagaimana seharusnya tindakan aku jika ada pencuri masuk ke rumah aku? Jawapannya telepon polis. Biar sahaja pencuri tu nak buat apa sebab itu hak dia.

Aku jadi Melayu yang sangat bingung.

No comments:

Post a Comment