Hadoi ....
Lama aku menyepi sebab tak ada apa apa yang nak aku katakan. Namun hari ini aku memang tergelak tahap gaban. Nak pecah perut aku dibuatnya. Dulu aku ada kata, biarlah yang ahli bicara tentang keahliannya.
Biarlah doktor gigi yang merawat gigi, pakar jantung bedah jantung, pakar ekonomi menjaga ekonomi, sarjana Melayu jagalah bahasa Melayu. Jika tidak maka rosaklah gigi, punahlah jantung, leburlah ekonomi dan hilanglah bahasa.
Inikah yang dikatakan bahawa jika suatu bangsa itu hendak dimusnahkan, maka dihantar pemimpin yang rosak?
Sudah sudah lah menjadi toya saudara ku sekalian. Taraf kita ditinggikan dengan aqal yang Allah sediakan. Jangan kita hinakan diri kita dengan menekan nikmat aqal yang dikurniakan Allah swt tersebut.
Monday, November 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment