Friday, October 9, 2009

Lucu

Photo menceritakan seribu kejadian. Begitulah hakikatnya. Bila kita melihat photo, terkadang kita geli, terkadang kita geram, dan paling banyak kita berburuk sangka. Maknanya terkadang kita tertipu dengan sekelumit kecil dari bahagian photo yang di'crop' dari photo yang lebih besar

Tapi ada kalanya, memang tujuan photo tersebut diambil mahu memperlihatkan kepada dunia bahawa beliau sedang memperjuangkan sesuatu. Wah hebat tu.

Dalam banyak banyak kejadian yang aku lihat dari foto tersebut, ada satu yang menarik perhatian aku. Gambar tersebut ada dalam banyak blog terkini

Dua orang yang mungkin mengaku beragama Islam, mungkin juga mereka berkata dalam hati mereka bahawa merekalah orang Islam yang paling Islam yang hidup dalam dunia ketika ini, malah mereka juga mungkin mengatakan bahawa selain dari mereka paling Islam, mereka juga adalah pejuang anti bangsa seluruh dunia, hanya mengutamakan Islam.

Mengapa aku berkata sedemikian, kerana dalam foto mereka yang gah tersebut, aku melihat, seorang lelaki, berserban (kira Islam lah tu) yang agak moden (sebab guna kaca mata hitam, hi hi hi GLAMER), serta pakaian sukan (t-shirt dan track bottom). Sedangkan perempuan Islam tersebut mengenakan tudung labuh hingga ke pinggang (kira alim lah, tapi jangan salah tafsir tentang alim, kerana alim itu penuh ilmu di dada)

Aku juga boleh menafsirkan (ikut suka aku lah) mereka juga ingin menunjukkan bahawa si lelaki tersebut mampu menjadi pemimpin kepada perempuan (aku anggap isteri dia sebab dia rangkul bahu perempuan tersebut menurutnya memperjuangkan suatu yang besar).

Dia (lelaki) memegang poster Teoh Beng Hock ! ! ! Ha ha ha tergelak aku. Perjuangan Islam apakah ini?

Aku anggap mereka ni Melayu lah. Yang menyebabkan aku tergelak, disebabkan, Melayu ini (mungkin lebih baik aku tak guna Melayu kerana aku rasa mereka tak suka digelar Melayu), Islam 'jenis' ini, sedang memperjuangkan suatu yang tiada tujuan. Atau pon tujuan dia bercelaru. Perjuangkanlah rawatan dialisis di mesjid untuk orang Islam ke, gabungan klinik pergigian swasta Islam seluruh negara yang memberikan rawatan percuma kepada orang Islam lanjut usia ke, something like that.

Masa aku zaman kanak kanak dulu, aku takut mendekati seorang abang ni. Sebab yang keluar dari mulut dia hanyalah sumpah seranah kepada perti pemerintah. Dia ingin aku ikut kata dia sama sama menurut fahaman parti dia. Banyangkan, nak suruh aku yang hanya suka main rounders, teng teng, guli, gelang getah dan sebagainya, agar sama sama ikut mengutuk kerajaan ! ! !

Walaupon aku masih kecil, dalam hati aku, dah tersemat aku nak jadi doktor kelak. Bila aku lihat dia, aku kira minda dia memang tak boleh jadi doktor punya. Apa taknya, dia hanya bekerja sebagai pengutuk kerajaan. Pagi tido, petang duduk di kedai minum kopi. Masih bujang (tua) dan tinggal bersama ibubapanya. Kalau ada orang lain pendapat dengan pendapat dia, dia akan gaduh. Mata merah, kira garang lah tu. Jangan main main ! ! !

Hari ini, aku lihat minda puak puak ini tak banyak berubah. Dari dulu hampir sama sahaja. Aku tau ramai kawan aku, doktor juga yang berjuang bersama puak puak ini, cuma bila soal politik, aku seolah bukan kawan lagi. Jadi kalau nak kawan, bicara sahaja soal kereta ke, kamera ke, kerja ke.

Bagi aku, tak kisah engkau nak politik kat mana. Tapi duduk satu meja. Bagi idea terbaik, naikkan Islam. BUKAN KERANA NAMA.

Saturday, October 3, 2009

Biar pakar menerangkan tentang bidang kepakarannya

Ramai orang kat dalam dunia ni tau dah, saat dia mula mula lagi beli kereta, bahawa kereta yang dia beli itu mesti di servis. Percaya sahaja bahawa kereta yang dia beli itu mesti diservis adalah tak cukup melainkan dia mesti turuti kepercayaan dia dengan menghantar kereta dia itu ke pusat servis untuk diservis. Jika tidak, maka termasuklah dia dalam golongan bodoh. Percaya tapi tak laksanakan. Tak servis tapi berharap kereta dia akan baik hingga 99 tahun

Bukan itu sahaja, dia mestilah juga pandai memilih tempat servis kereta. Jika dia menghantar keretanya untuk diservis di kedai servis motor, maka dia termasuk pula ke dalam golongan bodoh bertingkat dua. Patutnya dia mestilah menghantar keretanya ke tempat servis yang memiliki kepakaran tentang kereta yag dia beli tersebut

Malah lebih bodoh lagi, jika dia arahkan mekanik supaya menggantikan minyak hitam yang dituang kedalam engin itu dengan air laut.

Lebih parah lagi, jika dia juga mahu orang ramai mempercayainya dengan mengatakan bahawa sepatutnya kereta orang lain juga harus menggantikan minyak hitam dengan air laut tanpa mengendahkan peraturan yang dikeluarkan oleh pereka kereta tersebut. Maka pengikut pengikutnya yang percaya kepada saranan dia ini, bertaraf lebih bodoh lah dari dia

Cerita di atas ini sungguh mudah untuk difahami. Namun cerita berikutnya di bawah ini akan memiliki nilai double standard. Pada hal sama sahaja

Semua manusia percaya bahawa dunia ini hanya sebesar biji pasir di padang pasir dalam galaksi bimasakti. Salah satunya boleh dirujuk di sini. Malah galaksi bima sakti juga hanyalah sebesar biji pasir dalam galaksi galaksi yang lain. Jadi manusia ini sebenarnya tak ada ertinya sama sekali di sisi Penciptanya.

Namun kita rasa bahawa kita ini dah besar sangat. Hingga kita rasa bahawa sang Pencipta kita itu bodoh dalam mencatur perjalanan hidup kita.

Kalau orang Islam komen mengenai Islam, mungkin dia ada sumber sedikit dari pengetahuannya. Namun, jika bukan Islam yang komen tentang Islam, maka jadilah dia (orang bukan Islam itu) seperti orang bodoh yang mahu orang lain percaya bahawa air laut boleh menggantikan minyak hitam dalam engin kereta.

Oleh itu, tak usahlah engkau (orang Islam yang bukan pakar tentang Islam, dan bukan Islam) nak komen mengenai perintah Allah dan Rasulullah saw sebagaimana termaktub dalam Al Quran dan Hadis.

Taraaaa

Friday, October 2, 2009

Anonymous

Kepada anonymous yang memohon maaf kepada aku atas komen rendah akhlak tersebut, aku maafkan.

Aku harap lepas ni, kau dah insaf. Dan jadi dewasa ye. Ek ek ek ek ! ! ! Tapi jangan lah takut nak komen kat aku lagi.

Cuma komen kau aku tak padam. Ia mempunyai nilai sebagai bukti.

Daaaaa ! ! !

Thursday, October 1, 2009

Double standard

Kepada para Melayu sekalian, ketahuilah bahawa wujudnya blog aku ini bukan bermakna bahawa aku benci Melayu. Bukan juga aku lebih mementingkan Melayu dari Islam.


Melayu dan Islam adalah berbeza. Melayu adalah bangsa dan Islam adalah Agama, pegangan hidup, pedoman, dan cara hidup yang telah lengkap.


Bangsa terbatas pada negara, sedangkan Islam tiada terbatas kepada sempadan. Umpama rumah dan tempat kerja. Rumah kita adalah hak milik kita. Tak semua orang boleh masuk rumah kita. Fitrah manusia. Kita tak suka orang sesuka hati menceroboh rumah kita. Namanya rumah, nak rumah banglo ke, rumah teres ke, town house ke, apartment ke, flat mahupon setinggan, terserah pilihan kita. Semua orang bebas memilih.


Begitu juga Melayu, ada Melayu ultra, Melayu super, Melayu baru, Melayu lama, Melayu totok, dan apa sahaja nama boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan dan sifat yang dimiliki


Tempat kerja kita pula adalah milik semua pekerja yang bekerja di situ. Kita tetap akan pertahankan tempat kerja kita sebagaimana kita pertahankan rumah kita, cuma kita tak heran berkongsi tempat kerja dengan pekerja lain malah kita juga menerima semua orang yang datang berkunjung ke tempat kerja kita.


Tempat kerja ini ada satu nama yang dikongsi bersama. Ia membawa pekerja ke satu destinasi yang mesti dipatuhi setiap pekerja. Jika tak setuju, cari lah kerja lain.

Perlu diingatkan, Islam itu hanya satu. TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Ia bertujuan membawa umatnya kepada keredhaan Allah swt. Maka tiadalah Islam UMNO, Islam PAS, Islam kuno, Islam moden, Islam Liberal, Moderat, Inklusif, Ekslusif dan sebagainya.


Kemana mana kita pergi dalam dunia ini, kita adalah bersaudara dalam Islam. Namun tempat kita balik dan berteduh adalah ke rumah kita. Sebab itu mempertahankan rumah adalah tanggungjawab kita. Malaysia adalah rumah kita. Jangan abaikannya, bila rumah dah tergadai, kita akan turut mengadaikan keluarga kita juga.


Mengatakan bahawa kita tak perlu pertahankan Melayu tapi hanya perlu pertahankan Islam samalah mengatakan kita tak perlu pertahankan rumah dan seisi rumah kita (termasuk isteri dan anak anak kita) tapi hanya perlu pertahankan tempat kerja kita tentulah suatu pemikiran yang songsang dengan fitrah manusia. Malah binatang pon pertahankan hak mereka kecuali binatang yang bernama babi.


Memperthankan Islam adalah hak semua umat Islam, tapi mempertahankan bangsa adalah hak bangsa tersebut. Aku tak marah Cina pertahankan bangsa mereka sebab itu hak mereka, begitu juga aku tak halang India pertahankan hak mereka, namun mereka juga kena reti bahasa, bahawa Melayu juga berhak pertahankan hak mereka sebagaimana mereka pertahankan hak mereka.

Janganlah kata, hak aku minum arak, jadi aku kena minum arak walau di mana sahaja, walaupon di tempat bangsa Melayu yang beragama Islam yang tidak minum arak. Jika kau nak hak engkau dipertahankan, maka engaku juga kenalah pertahankan hak orang lain. Nak jadi bodoh itu boleh, tapi jangan jadi terlalu bodoh dan bengap.

Setahun yang lalu, aku telah menulis di blog dentistandme, mengenai hak Islam yang semakin hilang di Malaya, sila rujuk kembali di sini

Kalau nak kata racist, bukan aku sorang yang racist, mereka yang menuduh aku racist lebih racist dari aku. Cermin diri sendiri dulu baru tuding jari kepada orang lain.