Tuesday, September 29, 2009

Komen tak relevan

Pagi ini aku dapat satu komen di blog dentistandme. Menurut aku tak relevan. Komen tu bagus, tapi kena ada cara dan biar sasaran tepat dan ada kemajuan yang dicapai. Baru efektif. Mari kita kaji secara bodoh komen tersebut

'Tak pun minda pu key mak macam si Esmady tak sedar diri, ko berambus duduk overseas mari sini balik Malaysia la buat bising kat tanak kapirun buat apa?'

'dasar penyonong tongkat BN mampus lama dah kau kalau tak pasal org lain bayar tax ko duduk dalam tanah la jawabnya pu key mak'

Pertama, tiada nama. Kalau ikut aku memang tak ada kredibiliti langsung. Maknanya kalau di tanah England yang dikatakan sebagai tanak kapirun ini komen ini dah dimasukkan ke dalam tong sampah. (ejaan salah, maksud dia apa pon tak relavan lagi, atau dia ni jenis yang nak samakan kalimah Allah dengan tuhan Allah)

Kedua, aku rasa mesti dia merasa dia sangat patriotik, tapi bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan yang dia guna pon bertaraf tonggang langgang.

Oh mungkin dia merasa bahawa dia nak berjihad sebagaimana orang Islam lain berjihad lah agaknya. Dulu kan ada 'orang' kata UMNO tu kafir. Jadi lawan UMNO tu taraf jihad lah, ek ek ek. Masalahnya, cara jihad yang dilakukannya ini jauh sekali dari menurut sunnah Nabi Muhammad saw.

pu key mak ni bahasa apa? Yang aku tau pukimak. Ia adalah salah satu perkataan kata kesat yang dikeluarkan oleh orang yang memiliki sifat dan budi pekerti yang sangat buruk. Puki itu merujuk kepada kemaluan wanita, dan mak merujuk kepada ibu. Maknanya kemaluan ibu.

Jadi kalau pengecut tiada nama ini, nak maksudkan seperti itu, tulis sajalah pukimak. Janganlah guna bahasa kafir 'key' tu (konon dia jijik lah jika duduk di negara kafirun ini), maksudnya lain brader, ia adalah kunci dalam bahasa Malaysia. Hai tiada nama, patriotik sikitlah brader.

Berbalik kepada kata kesat ini, memang Melayu lemah dalam hal ini. Bertambah lemahnya Melayu ini dikeranakan dia juga MALAS untuk berubah. Pernah satu ketika dulu, masa zaman kanak kanak, aku pernah lihat dua budak lelaki bergaduh gara gara, yang satu ambil kertas yang direnyukkan. Dia kata, ini kepala bapak engkau. Lalu dia pijak. Yang satu lagi, marah sebab kertas tu dipijak. Hi hi hi lucu. Tak relevan kan.

Kalau nak ikut cara Islam brader, faham ayat ini baik baik, aku terima dari seorang buzruk Tabligh masa aku keluar 7 hari ke Janda Baik sekitar tahun 1988.

'Jika seluruh dunia kata engkau mulia, namun di sisi Allah engkau hina, maka engkau tetap hina. Jika seluruh dunia kata engaku hina, tapi Allah kata engkau mulia, maka engkau tetap mulia'

Maknanya, kata kata kesat seperti pukimak itu tak ada ertinya. Jika dunia dan seluruh isinya ini, hanya ibarat sebutir pasir di padang pasir dalam kerajaan Allah swt, (manusia ini sebesar apa pada Allah swt?) jadi mengapa kita nak buat suatu yang tak ada ertinya di sisi Allah. Baik bertasbih, mengingati Allah swt. Itupon jika tiada nama ini percaya kepada Allah.

Mungkin ada benarnya bila dia kata aku tak sedar diri, cuma, tak sedar diri itu relatif. Ia menurut dari sudut mana penafsir itu menafsirkan keadaannya. Orang kafir kata orang Islam tak sedar diri, sedangkan orang Islam kata orang kafir itu tak sedar diri. Jadi dimana kedudukan si penafsir tak punya nama ini.

Hijrah adalah salah satu peristiwa penting dalam Islam. Dalam Malaya pon ada hijrah. Tak semestinya ke luar negara. Namun ada benarnya pepatah nenek moyang kaum Melayu ini bila mereka berkata, jika nak periksa rumah nak runtuh atau masih kukuh, lihatlah dari luar rumah. Luar rumah tu kan lebih luas dari dalam rumah. Jauh perjalanan luas pemandangan. Minda pon bertambah mantap bro. Tapi kalau dah keluar rumah pon tak nampak nampak juga, tu dah kira tahap bengap lah pulak. Maka sebab itu, tak salah lah direktor jadi direktor dan penyapu sampah jadi penyapu sampah.

Pernah aku terserempak dengan forum yang kata, Melayu jenis ni memang Melayu jenis perabih duit orang. Gaji beso dikatakan perabih duit orang. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara dikatakan perabih duit orang. Masa susah orang tak kaji, masa senang orang mengeji.

Cuba tanya rata rata doktor, engineer, peguam, manager bank dan banyak lagi penjawat jawatan bergaji beso tu, masa dia jadi pelajar, ada ke dia habiskan masa ponteng sekolah, hisap rokok, bercinta, lawan kata cikgu? Kalau lapar makanlah nasi, jika haus minumlah air. Nak jadi doktor jangan berangan masa belajar. Belajar ni bukan senang brader. Melayu juga kata, bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian

Aku merasakan bahawa ungkapan tanah Kafirun ini terhadap England adalah tidak tepat. Malah mengatakan tanah kafirun di mana mana pon di dalam dunia ini adalah tidak tepat. Kan bumi ini milik Allah. Lagipon aku rasa kehidupan aku di England ini jauh lebih Islam dari kehidupan aku masa aku di Malaya. Memang tak patut aku kata begitu, sebab ada sesetangah pembaca blog aku ni tak pernah pon menjejakkan kaki mereka ke luar negara. Jadi kalau ada peluang, pergilah, duduklah lama sikit, baru tau lebih dalam tak hanya tau luaran sahaja.

Komen paling power, kalau tak kerana orang bayar tax, aku tak akan merasa duduk luar negara. Benarkah? Jadi masa aku bayar tax dulu, aku bayar untuk siapa? Mengapa hanya sesetangah orang sahaja duduk di luar negara? Adakah orang yang duduk di dalam negara tu dinafikan haknya untuk duduk diluar negara? Wahai brader tanpa nama, kalau lu tak layak, lu tak akan dapat duduk luar negara lah brader. Banyak sebab menyebabkan orang layak ini. Jalan terbentang luas, pilih sahaja jalan mana idaman kalbu.

Namun jika dia maksudkan jika aku masih berada di Malaya sekarang ini, maka aku dah sepatutnya beradalah dalam kubur, maka si dia ini memang tak sayang mulut. Mungkin dia pengikut Rasul Melayu. Atau dewa kayangan yang lebih berkuasa dari pencabut nyawa dia sendiri (Malaikatul Maut) yang mencabut nyawa hanya patuh dan menurut arahan Allah swt

Terakhir, sebagai umat Islam yang percaya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw Adalah Pesuruh Allah, Allah lah tempat bergantung.

Wassalam dan terima kasih


Learn a New Word:
Sor Hai - Cantonese Adjective - A term used to describe someone who says and does dumb things. Pronounced as “saw high” with prominence.

Monday, September 14, 2009

Yindia

Hari ini berdegar pula kisah Tun Mahathir yang dikecam oleh mamat India. Kecam tak salah, apa lagi yang dikecam dah banyak kali dikecam sebelum ini. Aku amat yakin dengan keteguhan TUN dalam menghadapi masalah seperti ini di masa yang lalu

Dari segi profesion, tak semua orang boleh jadi Doktor. Namun Doktor boleh jadi apa sahaja. Dia boleh jadi tukang sapu sampah, jadi pencuci tandas, jadi pemandu, jadi cikgu, jadi kerani, sebut kan sahaja. Naluri seorang doktor adalah pemimpin. Mereka membuat keputusan, dan terlatih dalam mencapai penyelesaian masalah yang tepat, cepat dan cekap. Itu adalah latihan mereka. Latihan mereka melibatkan nyawa. Mana boleh menipu dalam membuat keputusan

Mereka tidak boleh lari dari bilik bedah. Sekali tindakan diambil, mereka biasanya tidak akan berpatah balik. Jejak mereka adalah kemusnahan, tiada pilihan lain kecuali membina suatu yang baru untuk kehidupan. Jadi siapa yang nak kritik doktor tu, cerminlah dulu diri sendiri.

Berbalik pada jenis mamat India ini, aku nak ceta pengalaman aku berjalan di Bullring, tepatnya dalam Debenhams Sotre, Birmingham. Muka aku muka asia, senang nak kenal, sebab orang lain caucasian.

Lalu tangan aku ditarik oleh mamat India kelas atas sikit lah sebab kulit dia agak putih. Dia ingat aku Brunei. Bila aku kata Malaysia, dia bertambah minat. Lalu dia terus mengasak aku dengan mengatakan bahawa Malaysia sebuah negara perkauman. India dibunuh setiap hari. Kuil diroboh. Semua kaum India hidup dalam ketakutan. Hak rakyat India diperlekeh. Aku tak boleh mencelah langsung. Jadi aku dengar sahaja

Aku tanya dia di manakah kuil hindu terbesar di Asia tenggara? Dia tak tau. Aku kata di Batu Cave, Malaysia. Aku tanya dia dia pernah datang Malaysia, dia kata tak pernah sebab dia takut pergi Malaysia. Jadi aku suruh dia datang Malaysia. Aku juga tanya dia apa hak India yang dia mahu? Dia nak sama rata dengan Melayu.

Aku ingat dia warga India di India. Tapi dia lahir di England. Jadi rakyat England lah. Lalu aku tanya dia dia dapat semua yang dikecapi oleh warga Inggeris kah? Dia tak dapat juga. Malah jangan harap nak sama taraf dengan warga Inggeris lah, di sini kau tetap dianggap bangsa kulit bewarna, bukan white.

Untuk itu aku kata kat dia, engkau pergi dulu ke Malaysia sebelum engkau nak ceta kat aku, warganegara Malaysia, yang duduk di Malaysa lebih suku abad ini, tentang Malaysia.

Masalahnya, dari mana dia dapat fakta bohong ini? Siapa pula pengkhianat Malaysia yang berbohong itu? Jika dia adalah warga Malaysia, aku sarankan dia selayaknya digugurkan kerakyatannya.

Nak berbelanja pon tak senang

Sunday, September 13, 2009

Perihal ketam

Masa aku bekerja di Malaya dulu, aku selalu berdepan dengan komplain dari customer. Cuma secara kasarnya 'Selalu' itu tak lah kerap sangat. Bisnis aku pon bukannya besar sangat. Prinsip aku adalah menyelesaikan masalah, bukan lari dari masalah. Semakin aku lari, semakin aku bermasalah. Langkah terbaik, hadapi dan cari penyelesaiannya.

Pelajaran ini aku perolehi sewaktu aku berumur 6-7 tahun dikala aku dikejar oleh mak aku kerana aku buat salah. Aku lari, dan lari, akhirnya aku berhenti, dan hadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah, setelah aku menerima hukuman, aku masih hidup hingga sekarang. Ternyata hukuman yang aku terima di kala itu tidak meragut nyawa aku

Tapi kebanyakan Melayu yang aku jumpa, tak mahu berhadapan dengan masalah. Bila ada masalah mereka lebih suka lari, tak nak bercakap dengan orang yang komplain, pendam rasa, dan sebagainya. Bagi aku, sangat susah lah jika begitu. Apa lagi masalah akan terus bertimbun timbun. Tentu peribahasa nenek moyang bukan ditujukan kepada bangsa lain, melainkan kepada bangsa Melayu sendiri. Bodoh sombong, pekak badak, dan banyak lagi.

Sikap melarikan diri ini sering juga dikaitkan dengan menyalahkan orang lain. Ah dulu dia pon macam tu juga. Siapa yang jual tanah Melayu dulu dan sebagainya lah.

Aku dapati ada beberapa perkara yang terlibat

1. Si A berbuat salah
2. Si B berbuat kesalahan yang sama
3. Si B menutup kesalahan yang sama itu dengan menyatakan si A buat dulu

Persoalannya
1. Kedua dua nya berbuat salah
2. Si B mahu kesalahannya dikambus dengan menutup mulut orang lain
3. Si B mahu kesalahannya diiktiraf sebagai tidak salah

Akhirnya
1. Kesalahan tetap berleluasa malah berkembang biak
2. Tiada penyelesaian
3. Si B ikut masuk lubang hitam penuh nanah bersama sama si A

Seperti seorang kanak kanak yang nak makan gula gula.
1. Kanak kanak A makan gula gula
2. Gigi kanak kanak A rosak teruk
3. Kanak kanak B nak makan gula gula juga, tapi tak dibenarkan oleh ibubapanya
4. Kanak kanak B merengek mengatakan si A makan gula gula juga tak ada orang marah pon

Masalahnya,
1. Mahukan kanak kanak B memiliki gigi yang rosak sama seperti kanak kanak A
2. Adakah kanak kanak B mahu taraf giginya sama dengan taraf gigi kanak kanak A

Kanak kanak B gagal melihat bahawa terdapat 2 kes yang berbeda

1. Tak baik makan gula gula
2. Perilaku menurut kesalahan yang dilakukan oleh orang lain bererti mereka sama sahaja

Jika mentaliti seperti ini diteruskan hingga dewasa, maka tak banyak masalah yang akan dapat diselesaikan mahupon kemajuan yang akan dicapai. Jika kita telusuri keadaan sekarang ini, tak bertambah pon kemajuan yang dapat dilihat di Malaya setelah pemerintahan bertukar tangan. Yang memang agak banyak ada ialah menyalahkan orang lain.

Mungkin sebab itu jugalah aku melihat bahawa tiada satu pon mesjid di Birmingham ini yang didirikan oleh orang Melayu walaupon kehadiran Melayu di Bumi Birmingham ini sama dengan tahun kehadiran sedara Pakistan, India dan Bangladesh. Sebabnya, Melayu suka cari kesalahan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Maka agak benar jugalah perumpamaan kata kata peniaga Cina, dia lebih suka masak ketam Melayu dari masak ketam Cina. Menurutnya, ketam Cina susah nak masak sebab depa selalu boleh keluar periuk punya, sedangkan ketam Melayu pasti tak akan keluar periuk. Sebabnya, bila ketam Cina nak keluar periuk, ketam ketam lain akan bantu dia keluar. Tapi bila ketam Melayu nak keluar periuk, ketam lain pasti akan menariknya kembali masuk dalam periuk

Sekian terima kasih

Wednesday, September 9, 2009

Rumah sewa

Dalam dunia global tahap gaban ini, info berada di hujung jari sahaja. Amat mudah bagi aku menjejak teman teman lama aku, dengan syarat mereka ada meninggalkan kesan data mereka di alam maya.



Pertemuan dengan teman yang dah lama tak jumpa ini merupakan satu detik yang tak terhingga gembiranya apa lagi jika mereka yang kita jumpa semula itu menyimpan satu cerita yang sama. Maka bergelak lah kita mengingatinya kembali



Namun zaman kanak kanak dan remaja tak sama dengan zaman dewasa. Bila kita dewasa kita terpengaruh dengan suasana dimana kita didewasakan. Walau aku jauh dari bumi Malaya, aku selalu ingin tahu mengenai Malaya.



Memang aku sangat sedih membaca berita bahawa seolah olah gambaran yang aku terima bahawa orang Melayu tak mahu lagi dikaitkan dengan Melayu. Mereka kononya hanya mahu dikaitkan dengan ISLAM. Soal bangsa adalah terlalu kecil bagi mereka. Lebih lebih lagi apabila mereka menggunakan sedikit kata kata Arab, assobiyah umpamanya. Maka meloponglah aku bukan kagum tapi pelik bin ajaib



Di saat bangsa lain bertungkus lumus mempertahankan bangsa mereka di bumi Malaya, orang Melayu menongkah arus, sibuk pertahankan hak bangsa asing, bukannya nak pertahan hak bangsa sendiri. Tak salah jadi orang Melayu, tak salah pertahankan hak bangsa Melayu.



Ada seorang pak cik, tanya, kau dah cukup semua benda ke hingga nak bagi hak kau kat orang lain. Ye mungkin satu ketika aku rasa cukup, untuk diri aku, tapi bagaiman dengan bangsa Melayu yang lain? Pikirlah mengenai kawan kawan Melayu yang keje di petrol station tu, yang kerja kilang tu, yang angkut sampah tu. Jangan pikir diri sendiri sahaja.



Ada seorang kawan aku sangat gah mengatakan kerajaan sekarang ni tak adil sebab hanya pentingkan bangsa Melayu, sebab itu kena tolak kerajaan itu. Kita harus adil terhadap kaum lain yang sama sama bangunkan Malaya ini. Kononnya Cina lah yang paling banyak bayar cukai tapi mereka dinafikan hak mereka sebagai warga negara

Kau janganlah buat lupa, bagaimana orang bisnislah yang paling senang nak lari dari bayar cukai. Yang taat bayar cukai walaupon sedikit adalah kakitangan kerajaan yang kebanyakannya orang Melayu. Gaji belum dapat lagi dah kena potong cukai. Jadi sekarang ni siapa yang taat sebenarnya?



Kalu nak guna logik akal, akal aku ni tak lah bego sangat. Tapi jika seumur hidup pon aku setia dan ikhlas bayar sewa rumah yang aku duduk tu, sampai mati pon aku tak akan dapat memiliki rumah tersebut. Aku mesti kena akur bahawa rumah yang aku duduk itu adalah hak tuan rumah dan terserah dia nak buat macam mana kat rumah tu. Aku hanya boleh beri cadangan bagaimana nak bagi rumah itu selesa. Tapi kalau aku lebih lebih, dia boleh halau je aku dari tinggal di rumah sewa itu. Simple kan. Zaman Nabi pon kafir zimmi bayar cukai, kafir harbi kena perang brader



Tapi dasar belit, kot mana pon nak belit juga.



Sedarlah bangsa Melayu. Memang senanglah nak kata, bumi ini bumi Allah. Kat mana pon kita duduk kita duduk di bumi Allah. Aku faham tu, cuma mengapa aku kena ada passport perjalanan? Aku juga pasti semua Melayu tak mahu jadi warga Palestin. Mengapa?

Hargailah nikmat Allah yang telah menjadikan kita warganegara Melayu di Malaya. Jangan sombong menafikan kesungguhan dan kejerihan tok nenek pertahankan tanah air