Monday, August 24, 2009

Kubur

Dalam kamus otak aku, bila disebut kubur sahaja pasti berkait dengan agama. Iaitu orang mati. Mandi mayat, kafan, sholat jenazah, talqin, dan tanam. Lepas tu tahlil. Aku rasa bab ni semua orang Melayu beragama Islam pasti tau dan pernah melihatnya.

Tapi masalah kubur di Malaya juga ada rahsianya. Kubur Melayu dan kubur Cina tak sama. Kubur India pon lagi tak sama. Dalam banyak banyak kubur ini, kubur Islam dan kubir Cina paling selalu aku ingat sebab ia agak jelas dan banyak

Bila aku lalu di kubur Melayu Islam, ternyata saiznya kecil. Berbeza dengan saiz kubur Cina, yang rata ratanya 2- 3 kali ganda lebih besar dari tanah kubur Melayu Islam.

Maknanya jika terdapat 100 orang Islam, maka 100 orang Cina akan mendapat tanah kubur sebesar 3 kali ganda dari 100 orang Islam.

Jika satu masa nanti, tanah kubur boleh ditukar kepada tanah industri, maka Cina akan dapat saiz tanah industri 3 kali ganda dari apa yang diperolehi oleh orang Melayu Islam

Terrer terrer ! ! ! Ini baru masalah kubur.

Sunday, August 9, 2009

Bahasa Melayu

Aku rasa dah lama sedar bahawa bahasa Melayu ini ingin dirubah sedikit demi sedikit akibat kedangkalan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Memang bangsa Melayu dikenali sejak dahulu lagi sebagai satu bangsa dalam dunia ini yang sangat gemar bergotong royong dan bantu membantu. Sejak dulu lagi kita tahu bahawa bangsa Melayu memang suka memberi hak mereka kepada orang lain walaupon hak mereka itu lebih sedikit dari hak orang yang ingin mereka sedekahkan

Sikap ini sangat baik digunakan kepada mereka yang ingin merompak hak hak bangsa Melayu. Kita tahu bahwa hak hak bangsa Melayu dah lama diambil sedikit demi sedikit. Namun Sejak akhir akhir ini, perubahan yang dituntut untuk merubahnya memperlihatkan seakan ia suatu perubahan yang drastik hingga bangsa Melayu terkejut.

Namun aku juga rasa perubahan ini tidak disedari oleh sebahagian bangsa Melayu. Mereka masih lagi menganggap ia sebagai manipulasi pihak tertentu. Lebih parah lagi sebahagian dari bangsa Melayu ini juga tidak lagi dapat menggunakan akal yang sihat dalam menilai sebuah persahabatan. Apabila akal sihat telah dikelabui oleh manipulasi golongan oportinis, maka bangsa Melayu yang memang kurang suka membaca ini, begitu mudah dikondisikan untuk kepentingan individu

Maka pada bulan August 2009, sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah cuba dieja dengan ejaan yang baru. Hingga satu perkataan yang sangat popular dikalangan sebahagian bangsa Melayu telah dipaksakan kepada bangsa Melayu iaitu

TAKBIR mahu dirubah kepada TAKE BEER

Friday, August 7, 2009

Aku orang melayu

Yang merantau ke negeri orang putih. Negara yang dulunya aku dengar diagong agongkan oleh orang Melayu waktu aku kecil. Hingga aku pon terkasima untuk mengagong agongkan mereka.

Saat pertama aku sampai ke sini 10 tahun yang lalu, memang aku sangat terkasima dengan beberapa sifat mereka. Antaranya sikap pemandu kenderaan yang sangat bertoleransi dan bersabar. Mendahulukan orang lain bila nak masuk kedai adalah antara perkara kecil yang aku rasa layanan seperti ini tak akan aku dapati di negara Malaya.

2007 merupakan pengalaman buat aku merasai sendiri kehidupan dalam masyarakat di sini apabila aku diberi peluang 'ikut' isteri melanjutkan pelajaran dalam waktu yang agak lama.

Semakin hari semakin banyak yang aku perhatikan. Ada satu perkara yang ingin aku bawa kali ini.

Telah banyak kali aku membaca di surat khabar akan kejadian yang bagi aku sangat pelik. Seorang tua dipenjarakan kerana memukul pencuri yang menceroboh masuk ke rumahnya untuk mencuri dengan alasan ia menganggu hak pencuri tersebut

Lalu aku bertanya kepada rakan di tempat kerja aku. Bagaimana seharusnya tindakan aku jika ada pencuri masuk ke rumah aku? Jawapannya telepon polis. Biar sahaja pencuri tu nak buat apa sebab itu hak dia.

Aku jadi Melayu yang sangat bingung.